TENTANG PENGARAH


Picture
Beliau adalah Ustaz Hj Mohd Farhan Al-Hafiz ataupun dulunya dikenali sebagai Pastor Yohanes dizaman agama Kristian dahulu. Beliau dulu beragama Kristian dan Alhamdulillah berjaya melanjutkan pengajian diperingkat 4 Thanawi di Institut dakwah islamiah PERKIM Pangkalan Chepa Kelantan, Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM, Ijazah saujana muda Al-Quran qiraat shubra al-azhar mesir dan MA pengajian Islam universiti tempatan. Sekarang beliau berjaya bersama rakan-rakan membuka 3 buah sekolah tahfiz dan sekarang projek mendirikan sebuah pusat pembangunan markas dakwah dan pentarbiahan iaitu dengan mendirikan kolej Islam Al-Azhar sabah (KIAZS). Setakat ini beliau sebagai pengerusi penaja disamping pendakwah bebas telah berjaya mengislamkan hampir 4 ribu lebih dikalangan saudara-saudara muslim dari pelbagai bangsa dan keturunan termasuk kedua ibu bapa beliau dan keluarga terdekat. Sokongan muslimin muslimat diseluruh Malaysia sangat-sangat diperlukan demi merialisasikan penubuhan kolej ini.
Comments
0 Comments