Matlamat Penubuhan

Penubuhan Kolej Islam Al-Azhar Sabah (KIAZS) ini adalah bertepatan dengan kehendak masyarakatIslam masa kin i yang memerlukan satu generasi Al-Quran wassunnah yang benar-benar faham tentang dua pusaka warisan agung yang Rasulullah s.a..w tinggalkan untuk ummahnya agar beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Rasulullah s.a..w pernah bersabda:
(Riwayat Muslim)Ertinya: “Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah (Al-Quran ) dan sunnahku (hadis-hadis baginda)Di dalam dunia tanpa sempadan atau era globalisasi ditambah lagi zaman I.T Multimedia super korridor, umat Islam terdedah kepada nilai-nilai kemerosotan iman dan krisis moral yang begitu dahsyat. Oleh sebab itu, generasi akan datang perlu dibentuk dengan satu manhaj Al-Quran wassunnah agar akidah mereka tidak mudah goyang walau sehebat mana cabaran, dugaan serta unsur-unsur yang dibawa oleh musuh -musuh Islam untuk merosakkan aqidah generasi ini. Oleh yang demikian, Kolej Islam Al-Azhar Sabah (KIAZS) cuba mengetengahkan sistem ini melalui talaqi, tahsin, musafahah dengan guru dan dauran kitab seperti mana yang dilakukan oleh doktor-doktor di universiti Al-Azhar As-Syarif kepada para pelajarnya. Kolej Islam Al-Azhar Sabah (KIAZS) diperkenalkan kepada seluruh masyarakat Islam agar kemajuan jasmani perlu diseimbangkan dengan kemajuan rohani agar manusia mengenal Allah s.w.t
dan rasul pilihanNya. Kolej Islam Al-Azhar Sabah (KIAZS) menyeru kepada semua masyarakat agar sama-sama berkongsi ilmu, yang berilmu perlu mengajar kepada orang lain dan yang tidak berilmu perlu manambahkan ilmu mereka, dengan cara ini kita akan kenal siapa sebenarnya pencipta kita dan kita akan memperoleh kebahagian di dunia dan di akhirat.Diantara matlamat penubuhan Kolej Islam Al-Azhar Sabah (KIAZS) ialah:

3.1 Mendirikan sebuah institusi pengajian Islam yang dinamakan Kolej Islam Al-Azhar Sabah
(KIAZS) yang pertama di Sabah.
3.2 Melahirkan generasi ilmuan Islam dan memberi peluang kepada mereka menimba ilmu agama
di dalam negara mahupun di Timur Tengah.
3.3 Memberi kefahaman agama Islam kepada masyarakat Islam di Sabah.
3.4 Melahirkan fi krah Du’at di kalangan graduan-graduan lepasan bidang agama.
3.5 Menyatupadukan generasi cendikiawan Islam lepasan IPT tempatan mahupun Timur Tengah.
3.6 Memberi peluang kepada graduan-graduan jurusan agama menyebarkan ilmu mereka kepada
masyarakat Islam.
3.7 Membantu kerajaan khasnya kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pengangguran graduangraduan
lepasan bidang agama dan memartabatkan agama Islam.
3.8 Membantu kerajaan di dalam penggunaan tenaga mahir lepasan agama untuk kepentingan
pembangunan agama, bangsa dan negara.
 With 
Comments
0 Comments