Program Umrah Saudara Baru

Rayuan kepada Dato' Datin Muslimin & Muslimat yang dermawan yang sering berulang alik mengerjakan umrah. Kami mempelawa anda untuk memberi peluang kepada golongan asnaf 7 fakir miskin untuk turut sama mengerjakan umrah Kami juga sangat mengalu-alukan penyertaan anda dalam "Program Umrah Saudara Baru " yang tidak berkemampuan, Umrah bagi mereka, pahalanya anda dapat.Dengan asbab program ini para saudara baru yang terpilih dapat meningkatkan keimanan & ketakwaan serta keyakinan mereka kepada Allah serta berpegang teguh pada ajaran agama Islam. Anda hanya menyumbang RM1000.00 untuk mencukupkan 10 penyumbang RM10,000. Wang ini termasuk perbelanjaan pakej umrah, passport, visa , suntikan vaksin & belanja poket. Jutaaan terima kasih kepada mereka yg menyumbang. Mudah-mudahan sumbangan anda khusususnya kepada mereka yang dermawan dipanjangkan umur dan rezeki. Terima Kasih. SYARAT2 KELAYAKAN DALAM PROGRAM ini adalah daripada kalangan saudara baru yang fakir miskin dari pelbagai bangsa seperti Dusun Kadazan, Murut, Rungus,Iban Dayak, Orang Asli, Cina dan India yang memenuhi kriteria tertentu. Contoh asbab seorang saudara baru memeluk Islam dengan ketabahan seluruh keluarga memeluk agama Islam.

Kelas Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain

Kelas Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain - Akademin Tahfiz Al-Quran Wal Hadith ( ATAQWA) yang bermula di kota Belud, Sabah kini telah dibuka sepenuhnya sejak dirasmikan oleh S.S Us Hj.Bungsu mufti kerajaan negeri Sabah pada 22hb Disember 2013.. Memberi Fokus teknik hafazan iaitu 4T Bersanad: TAHFISN- Memperbaiki bacaan pelajar TAHFAZ-Pelajar mula menghafaz juz ke 30 TASMI'-Memperdengarkan bacaaan TALAQQI-mendengar bacaaan dari guru. Mempromosi pesanan Rasululullah S.A.W asbab anak yang hafiz, kedua ibubapanya di pakaikan mahkota di syurga dan dapat memberisyafaat kepada 10 keluarga terdekat dengan izin Allah SWT

 

Mencari Muslimin Muslimat dermawan 10 orang penyumbang

Rayuan kepada Dato' Datin Muslimin & Muslimat yang dermawan yang sering berulang alik mengerjakan umrah. Kami mempelawa anda untuk memberi peluang kepada golongan asnaf 7 fakir miskin untuk turut sama mengerjakan umrah

Kami juga sangat mengalu-alukan penyertaan anda dalam "Program Umrah Saudara Baru " yang tidak berkemampuan, Umrah bagi mereka, pahalanya anda dapat.Dengan asbab program ini para saudara baru yang terpilih dapat meningkatkan keimanan & ketakwaan serta keyakinan mereka kepada Allah serta berpegang teguh pada ajaran agama Islam. Anda hanya menyumbang RM1000.00 untuk mencukupkan 10 penyumbang RM10,000. Wang ini termasuk perbelanjaan pakej umrah, passport, visa , suntikan vaksin & belanja poket. Jutaaan terima kasih kepada mereka yg menyumbang. Mudah-mudahan sumbangan anda khusususnya kepada mereka yang dermawan dipanjangkan umur dan rezeki. Terima Kasih.

SYARAT2 KELAYAKAN DALAM PROGRAM ini adalah daripada kalangan saudara baru yang fakir miskin dari pelbagai bangsa seperti Dusun Kadazan, Murut, Rungus,Iban Dayak, Orang Asli, Cina dan India yang memenuhi kriteria tertentu. Contoh asbab seorang saudara baru memeluk Islam dengan ketabahan seluruh keluarga memeluk agama Islam.



Bakal alami suhu sejuk luar biasa'

KUALA LUMPUR: Pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan, punca utama kepada perubahan cuaca melampau, sekali gus menyebabkan negara bakal berdepan fenomena musim sejuk pada hujung bulan ini.

Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata negara dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk seperti yang berlaku tahun lalu akibat tekanan atmosfera di kedua-dua lokasi terbabit.

Katanya, tiupan udara bertekanan tinggi Siberia-Mongolia akan membawa cuaca sejuk ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.


LINK BHARIAN

QZ8501: Cuaca mungkin penyebab utama terhempas

PANGKALAN BUN - INDONESIA. Cuaca mungkin penyebab utama pesawat penerbangan AirAsia, QZ8501 terhempas pada 28 Disember tahun lalu.

Menurut laporan awal di laman Meteorologi Indonesia, BMKG, pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal tersebut berkemungkinan besar memasuki awan ribut sebelum terhempas.

"Cuaca mungkin penyebab utama insiden tersebut, berdasarkan pada data yang diterima pada saat terakhir pesawat terputus hubungan dengan radar," menurut laporan tersebut merujuk kepada data gambar infra-merah dari satelit yang menunjukkan suhu awan -80 hingga -85 darjah celcius pada waktu tersebut.

"Fenomena yang mungkin berlaku adalah enjin rosak melalui suatu proses pembekuan. Ini merupakan salah satu kemungkinan berdasarkan analisis pada data meteorologi sedia ada," tambah laporan tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengapa beberapa pesawat lain yang melalui laluan sama tidak dipengaruhi cuaca yang diandaikan.

"Tak relevan untuk membuat andaian punca pesawat terhempas kerana kita masih lagi belum menemui kotak hitam pesawat tersebut," kata bekas komander udara Chappy Hakim kepada AFP.

Pada masa ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia dan pasukan SAR dari beberapa negara jiran, termasuk Malaysia, Rusia, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.

Sehingga kini, sebanyak lima cebisan besar pesawat tersebut dan 34 mayat sudah ditemui.

Pesawat tersebut terhempas di perairan Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah di Indonesia pada 28 Disember tahun lepas.
 
pautan : sinarharian

Salam maulud rasul 2015 / 1436M


'3 Januari 2015 adalah hari Sabtu yang merupakan cuti hujung minggu semua rakyat di Malaysia.

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM


 With 

Cadangan Penubuhan Kolej Islam Al-Azhar Kini Di Ganti Dengan Nama Kolej Tahfiz Ataqwa ( KTAS )

Kepada Muslimin dan Muslimat Yang dirahmati Allah..
Cadangan Penubuhan Kolej Islam Al-Azhar Kini Di Ganti Dengan Nama Kolej Tahfiz Ataqwa ( KTAS ) . .www.kolejtahfizataqwa.blogspot.com berkuatkuasa mulai hari ini. Terima kasih kerana atas sokongan dan sumbangan serta jasa baik anda yang tak jemu-jemu menghulurkan pelbagai sumbangan sama ada dari segi sumbangan harta,tenaga, masa, dan intelektual..moga Allah sentiasa memberkati usaha anda semua. Sama-samalah kita berdoa agar cadangan penubuhan Kolej Tahfiz Ataqwa Sabah ini berjaya  dan urusan serta pelaksanaanya sentiasa dipermudahkan Allah..
 With 

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH 2014M / 1435H ANJURAN AKADEMI TAHFIZ AL-QURAN WAL HADITH

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH 2014M / 1435H
ANJURAN AKADEMI TAHFIZ AL-QURAN WAL HADITH
PROGRAM QURBAN UNTUK SAUDARA BARU-FAKIR MISKIN DI PERKAMPUNGAN-PERKAMPNGAN SAUDARA BARU TERPILIH DI SABAH DAN SARAWAK.


Ibadah Qurban dan kelebihan perlaksanaannya
Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban?

Makna qurban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Al’Lah s.w.t.

Sekiranya kalau kita meneliti maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Al’Lah s.w.t”, maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Al’Lah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk seseorang.

Al’Lah berfirman :
‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )

Jelas di sini, Al’Lah s.w.t meletakkan ibadah qurban itu bersebelahan dengan perintah solat, agar difahamai dalam makna yang betul.
Jadi, tanggapan pada hari ini bahawa qurban itu bertujuan untuk memberi makanan pada orang msiskin, satu konsep yang silap. Konsep ini menyebabkan hilangnya kesuburan dalam melaksanakan ibadat qurban khususnya dalam suasana masyarakat yang mewah kerana keperluan manusia untuk menerima daging qurban itu bukan sesuatu yang terdesak. Insya Allah, Hal ini akan lebih difahami apabila kita melihat fadhilat berqurban. dan kita dapat melihat betapa pentingnya ibadah ini perlu dilaksanakan. Ianya lebih diperlukan kepada sipelaksana daripada sipenerima.


Bagaimana dan bilakah hendak melaksanakannya?

Pelaksanaan ibadah qurban boleh di lakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanya pada hari yang di khususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana diantara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakan ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di lakukan jika berkemampuan.

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban?

Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah:

1. Keampunan.-Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya:

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.”
Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan.
Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam kesemua fadilat yang telah sebutkan, tak ada cerita nak bagi orang makan. Semuanya dapat pada pelaksana. Oleh yang demikian, peluang melakukan ibadat qurban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah tidak wajar diabaikan dan dilepaskan peluang yang tidak ternilai itu begitu saja. Walaupun berqurban itu hukumnya hanyalah sunat sahaja iaitu sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa, namun demikian kita hendaklah melihat perkara sunat itu dari perspektif yang berbeza bahawa sesiapa yang meninggalkannya “Alangkah ruginya!”. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan yang mana menurut Imam asy-Syafi‘e: Tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan (ibadat qurban) bagi orang yang mempunyai kemampuan. Jika ditinggalkan juga, maka hukumnya adalah makruh.

Apakah binatang-binatang ternakan yang dibenarkan untuk pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah?

Binatang-binatang ternakan yang di benarkan untuk pelaksaan qurban dan aqiqah ialah seperti unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.
Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.

Sumber diperoleh dari www.ezqurban.org

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI 2014

SENARAI NON HALAL. Please forward to our muslim.        
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI:         
-minyak masak lam soon (cap helang & buruh)        
-Ubat pearl cream arche (thailand)        
-Ajinomoto (thailand)        
-Ais krim harga rm1.00 ke atas         
-Semua tauhu buatan orang cina         
-Sabun luv & lotion badan buatan malaysia usa thailand         
-Sabun FAB berbuku        
-Lobak jeruk         
-Mee & kueteow basah buatan cina        
-Krim muka hazeline show    
-semua jenis serbuk mee segera terutama MAGGI         
-Pucuk,kulit popia,fish cake,bebola ikan buatan orang cina         
-Daging burger import      
-Sardin,kari ayam dalam tin & yong taufu buatan orang cina         
-Kasut bola jenis gold cup     
-Berus gigi jenis reach      
-Mee kering (sanggol)         
-Semua sabun mandi yang diimport (yang berminyak selepas dibasuh)        
-Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 jalan kuchai lama kl         
-semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam         
-Have pearl cream         
-Ramuan kentucky fried chicken & mc donald        
-beehon segera siam        
-Mee rebus tulang & kiub perasa ayam         
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL:      
-Dairy milk coklat         
-Coklat cadbury/ chewing gum         
-Sugus strawberry         
-Passer doily mixture        
-Trebo mint chewing gum / peppermint         
-Scothes vikmin         
-Share extra atrenght        
-black current jelly         
-Royal gulaman & decarl oranges         
-Valvis gelatin         
-Sarung kapsul ubat         
-Ais krim dalam bekas plastik         
-Gula gula fruities         
-Cake met- vilber funch     
-Coklat cake         
-Tepung kastard lady's choice         
-Semua jenis jelly dan gincu bibir         
-Keseluruhan jenis sheisedo         
-Lady's choice jelly         
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL         
-Barangan avon keseluruhannya         
-Pewangi ketiak  terutama jenama vitalis & concord        
-Minyak rambut brylcream (hijau)         
-Racun serangga jenis spray seperti sheltox,baygon,mortin      
-Seluruh ubat batuk jenis sirap         
-Keseluruhan ball pen dakwat kering        
-Tonik baby grape water,tonik waterberry compaund, minyak yuyi     
-pringles potato chips        
*kami dalam keresahan memohon maaf atas kelewatan memberitahu perkara di atas,pastikan pakaian anda tidak terkena bahan bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KEPADA SEMUA SAUDARA ISLAM KITA         
Amaran oleh kerajaan malaysia berHati-Hati sebelum makan.          Dr safurah hj jaafar:          Principal assistant directory ministry of health, malaysia          Tel 03-2540088          Kod panduan lemak babi dalam makanan fat dan minuman (pig code guide)          *E100          *E110          *E120          *E140          *E141          *E153          *E210          *E213          *E214          *E216
*E234          *E252          *E270          *E280          *E325          *E326          *E327          *E334          *E335          *E336          *E337          *E422          *E430          *E431          *E432          *E433          *E434          *E435          *E436          *E440          *E470          *E471          *E472          *E473          *E474          *E475          *E476          *E477          *E478          *E140          *E481          *E482          *E483          *E491          *E492          *E493          *E494          *E495          *E542          *E570          *E572          *E631          *E635          *E904         
*babi sudah jelas haramnya.
Risalah ini diedarkan oleh dr. Rasheed Mos,UNiversiti malaya kl,persatuan pengguna malaysia, majlis agama islam malaysia, jabatan kastam malaysia. Kajian ini hasil gabungan oleh mahasiswa utm,uum,usm,uia,um,ukm & Cap.         
Ada sedikit maklumat mengenai ketidakhalalan produk di pasaran iaitu :        
1.Shampoo dan facial DOVE         
2.Pringles potato chips        
3.Lychee NARC[truncated by WhatsApp]
 With 

Pengalaman Dakwah di Sabah : Episod 1

السلام عليكم
Peace be upon you.
بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah ( God ), Most Gracious, Most Compassionate
الحمد لله ربّ العلمين
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds
الصلاة والسلام على رسول الله وعلى أصحابه أجمعين

Percutian di Sabah Tahun 2011

     Pada semester pendek yang lepas, saya sempat bercuti di Sabah Negeri di Bawah Bayu kerana saya tidak mengikuti pembelajaran pada semester tersebut. Pada kedatangan pertama kali itu, perasaan gembira tidak dapat dinafikan kerana Sabah ialah negeri yang sangat cantik dan masih dipenuhi hutan-hutan yang segar serta laut dan sungai yang masih bersih.

     Namun setelah berjalan-jalan di banyak tempat di sana, perasaan bertukar-tukar. Gembira, sedih, takut, bersalah dan bermacam-macam lagi. Rasa sedih dan bersalah kerana umat Islam di sini masih lemah dari segi bilangan dan pengamalan Islam dan dalam masa yang sama diri sendiri juga masih kurang ketaatan kepada Allah dan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap keadaan tersebut. Perasaan takut pula timbul apabila melalui perjalanan yang dihiasi gereja yang sangat banyak. Boleh dikatakan hampir setiap setengah jam, satu gereja kelihatan. Di sesetengah tempat, ada terdapat dua gereja berhampiran satu dengan yang lain.

     Melihat gereja-gereja yang banyak, terlintas di fikiran seorang kawan perempuan beragama Kristian daripada Sabah yang pernah bekerja sekali suatu masa dahulu di Kopitian Old Town White Coffee. Teringat pengalaman bercakap-cakap dengan beliau tentang agama-agama termasuk Kristian dan Islam. Namun, kelemahan diri sendirilah yang tidak mampu memahamkannya tentang Islam.

     Sewaktu percutian saya di sana pada tahun tersebut, banyak tempat-tempat yang telah dilawati. Ada tempat-tempat yang nampak seolah-olah Islam itu ada seperti di Kundasang, masjid berada di atas bukit, dan ada sesetengah tempat yang terasa Islam itu tiada langsung dan dihiasi dengan gereja.

     Percutian saya kali ini boleh dikatakan percutian saya yang paling jauh dan percutian kali ini juga membuka minda saya dan menjadikan saya bermatlamat yang paling jauh. Percutian ini seolah-olah menarik saya untuk datang lagi ke Sabah selepas itu, tetapi bukan tujuan percutian tetapi tujuan dakwah. Bayu Sabah seolah-olah membisik ke telinga saya, "datanglah lagi ke sini, demi agamamu, demi Pencipta bayu.".

Jelajah Memerhati Dakwah di Sabah 2012

     Pada akhir tahun 2011 kalau tidak salah saya,  kawan-kawan telah ke Sabah untuk program baktisiswa di Ranau, Sabah atas nama Ma'ruf Club UIAM. Waktu ini adalah pada Hari Raya Qurban tahun tersebut. Pada waktu ini, saya sangat-sangat cemburu dengan mereka kerana berpeluang ke sana atas nama DAKWAH atau lebih tepatnya ISLAH kepada penduduk yang sudah Islam. Namun, apakan daya, nama saya tidak termasuk untuk bersama. Cemburu yang amat itu, masih segar dalam jiwa saya sehingga hari ini.

     Pada awal tahun 2012, seorang kawan yang pergi ke Sabah untuk program baktisiswa Ma'ruf Club UIAM yang juga berasal dari Sabah bertanya kepada saya sama ada saya ingin ke Sabah pada semester pendek 2011/2012 atau tidak untuk lanjutan daripada program yang lepas. Beliau mahu tolong saya carikan tiket yang murah. Tanpa berfikir panjang dan didorong oleh rasa cemburu yang belum terhapus, saya menyatakan kesanggupan dan disebabkan kesanggupan itu, pada semester ini saya hanya mengambil satu matapelajaran.

     Nak dijadikan cerita, jumlah kami yang akan pergi untuk program lanjutan ini  asalnya ialah 7 orang menjadi 2 sahaja. 5 orang yang membatalkan hasrat ini kerana peperiksaan dan sebagainya. Saya sendiri tidak mengetahui apa sebab sebenarnya. Jadi, yang akan pergi, saya dan seorang muslimah yang ajak saya pada awal tahun dulu. Segan yang amat usah dicerita. Belum pernah dalam hidup saya bermusafir berdua-duaan begini.

     Difikirkan balik, tiket sudah dibeli, kalau tak pergi membazir. Kalau tak pergi, program selepas ini yang akan dijalankan susah untuk dilaksanakan, kalau tak pergi, lagi tidak elok seorang muslimah yang saya anggap sebagai adik sendiri ni untuk bermusafir seorang diri. Apatah lagi tempatnya jauh. Difkirkan juga, di Sabah bukan kami berdua sahaja yang akan ke Ranau itu. Difikirkan juga, atas kapal terbang bukan ada dua manusia sahaja. Difikirkan juga 6 anak saudara, abang dan kakak menunggu di Sabah. Saya putuskan untuk meneruskan musafir ini.
     Perjalanan ini diniatkan untuk memerhati dakwah di Sabah dan bukannya untuk berdakwah.

Pada 17 Julai 2012, kami meminta seorang kawan menghantarkan kami ke stesen LRT Gombak, namun dimudahkan Allah, kawan yang menghantarkan tadi menyatakan kesanggupan untuk menghantarkan kami ke Terminal LCC atau LCCT. Syukur kepada Allah yang memudahkan perjalanan ini.

     Pukul 8.30 malam bermulalah gegaran kapal terbang KL-KK dan pada pukul 11.30 malam, sampailah kami di Kota Kinabalu (KK). Saya diambil oleh abang untuk pulan ke rumahnya dan muslimah tersebut diambil ayahnya -yang kebetulan pada waktu itu berkursus di KK- ke hotel.

     Keesokan harinya, awal-awal pagi lagi saya turun daripada rumah abang ke stesen bas ke Ranau di KK dihantar oleh abang. Kami akan ke Ranau bersama seorang ustaz yang biasa dengan dakwah di Sabah, Ustaz Zulfekar namanya.

     Dek kerana masalah kesesakan lalulintas di KK sekarang semakin memburuk, ustaz Zulfekar kelewatan sedikit. Lebih kurang pukul 8.30 barulah kami bertolak ke Ranau. Perjalanan kami bukanlah dengan unta ataupun kuda tetapi dengan "tanduk besar" ataupun Bighorn iaitu kereta pacuan empat roda Trooper. Melihat kereta tersebut, tahulah aku perjalanan hari tersebut akan jadi mencabar.

     Buka pintu kereta, sekejap perjalanan, dalam kekaguman kepada keramahan ustaz tersebut, surat khabar Harakah yang berada di atas dashboard kereta terjatuh di atas riba saya. Tahulah saya bahawa ustaz ini juga orang PAS. Dalam perjalanan ke Ranau, sempat berbual-bual dengan ustaz dan kagum sekali dengan akhlak ustaz dan pengalaman yang ustaz ceritakan. Ustaz Zulfekar kerja full-time nya ialah dakwah danpart-time nya ialah berniaga. Tujuan asal kami ialah Kg. Debut Langsat tapi ustaz mempelawa kami ke Kg Paus dahulu.

     Sebelum ke Kg Paus, kami singgah di pekan Ranau dahulu untuk makan tengah hari. Di situ kami bertemu Pak Cik Awiss, pengerusi surau di Kg Debut. Pertama kali kenal Pak Cik Awiss sudah saya tahu dia seorang yang baik. Awal-awal lagi Pak Cik Awiss membuat permintaan supaya kami bermalam selama 2 malam di kampung mereka kerana mereka ada majlis pada malam kedua kami di sana.

     Kami  meneruskan perjalanan ke Kg. Paus. Paus dalam bahasa dusun ialah pelanduk. Di kampung ini, penduduk Islamnya hanya empat keluarga. Seorang ustaz daripada Kelantan yang mengajar di sekolah rendah di situ yang memaklumkan tentang 4 keluarga tersebut kepada ustaz Zulfekar, Ustaz Luqman namanya.


     Ustaz Zulfekar melalui perjalanan lebih kurang dua jam ini semata-mata ingin berjumpa penduduk kampung tersebut yang beragama Islam dan untuk menyampaikan wang untuk pembinaan surau di situ. Masya Allah sungguh hebat ustaz ini. Perjalanan ke sini sangat mencabar, jalan tanpa tar dan berbatu. Namun ustaz Zulfekar memecut selaju 60km/jam. Kata Ustaz, untuk dakwah di Sabah, tak boleh sayang kereta.
     Tanpa disangka-sangka, penduduk di situ menghidangkan kami juadah makan tengah hari. Dengan kekenyangan, terpaksalah juga saya dan yang lain makan sedikit demi menjaga hati tuan rumah. Nasi beras bukit yang dihidangkan membuka selera saya.

Nasi Beras Bukit

     Setelah meninjau tanah tapak surau yang akan dibinakan, kami sempat bergambar dengan pak cik yang mewakafkan tanah tersebut seterusnya bergegas pulang kerana Pak Cik Awis menanti kami di Pekan Ranau.

Tapak Surau Kg Paus

     Perjalanan seterusnya ke Pekan Ranau.

Pekan Ranau

     Daripada Pekan Ranau ke Kg Debut, kami menaiki van atau bas mini yang dimiliki penduduk kampung tersebut. Dalam perjalanan, sempat berkenalan dengan Unai, penduduk kampung Lohan. Unai ialah remaja muslim lepasan STPM dan akan menyambung pelajaran di UUM. Pada mulanya, saya ingatkan Unai bukan muslim. Inilah kesukaran di Sabah, kesukaran membezakan yang muslim dan bukan muslim terutamanya yang lelaki yang tak dapat dibezakan dengan cara berpakaian, nama, dan rupa paras.

     Setelah melalui perjalanan yang mencabar, sampailah kami di Kg Debut. Jalan-jalan di Sabah merupakan salah satu cabaran dakwah di sini.

Antara jalan yang dilalui.
     Di Kg Debut kami disambut beberapa orang penduduk kampung. Mereka terkejut kerana hanya kami yang sampai ke sana dan bukan seperti yang sebelum ini. Tambahan pula, saya bukanlah termasuk yang pernah sampai ke sini.

     Di sini tidak banyak yang dapat kami lakukan. Pada malam pertama, setelah siap solat maghrib, Pak Cik Awiss meminta saya memberikan sedikit ceramah. Dengan penuh kekeluan, saya mencuba sedaya yang mungkin berkongsi sedikit-sebanyak. Setelah solat isyak, datang beberapa orang bertanyakan itu dan ini. Antara yang ditanya, bolehkah orang Islam memasuki gereja. Nasib baik soalan mudah-mudah, dapatlah jawab.

     Apa yang bagusnya di kampung ini, mereka sudah meninggalkan meminum arak dan memakan babi secara total. Namun, ada yang mengatakan masih memakan labi-labi dan bertanyakan apa hukum memakannya. Mereka juga sudah berjaya mencapai target mereka iaitu 1 rumah 1 graduan sehinggakan ada yang 1 rumah 5 graduan. Anak Pak Cik Awiss sendiri pun sudah ramai yang ke universini.

     Di sana, sempat juga lawan snuker dengan Pak Cik Awiss. Nasib baik menang. Tak tahulah kalau-kalau Pak Cik Awiss sengaja bagi saya menang. Di tempat main snuker tersebut ada satu papan ditulis larangan membawa masuk minuman keras. Larangan ini meninbulkan senyuman di muka saya.

     Keesokan harinya, sempat saya mengajak kanak-kanak di situ setelah mereka pulang daripada sekolah ke sungai sambil-sambil mendengar cerita mereka dan mengorek sedikit sebanyak maklumat tentang kefahaman mereka tentang Islam.

Jambatan gantung yang menggayatkan.

Adik-adik Kg Debut.
   
     Daripada pemerhatian yang dibuat, penduduk kampung ini boleh dikatakan sudah terkehadapan berbanding kampung lain yang dilawati.

     Pada malam itu diadakan majlis tahlil. Lepas satu, satu penduduk kampung yang datang. Setiap yang datang membawa satu bekas makanan. Terkejut aku dibuatnya. Penuh makanan di atas dua buah meja. Setelah solat Isyak dan Tahlil, makanlah kami semua. Sambil-sambil penduduk kampung makan, saya membahagikan beras fidyah yang ustaz Zulfekar amanahkan untuk diagihkan kepada setiap keluarga.

    Sejurus selepas habis beras diagihkan, tiba masanya menikmati juadah. Semua makanan saya cuba dan semuanya sedap-sedap. Daripada pemerhatian, boleh dikatakan semua penduduk kampung makan banyak-banyak. Ini kerana disebabkan mereka kuat bekerja. Cukuplah dengan apa yang dimakan dengan apa yang dikerjakan. Walaupun mereka makan banyak, namun tidak ada yang kegemukan dalam kalangan lelaki.

     Keesokan harinya, kami berpagi-pagi untuk ke Pekan Ranau seterusnya ke Keningau. Sempat pada pagi itu cuba mandi air bukit. Wah, sejuk sekali! Perjalanan kami ke Keningau di tangisi Umie (isteri Pak Cik Awiss) dan jiran-jirannya. Tidak sampai hati saya nak tinggalkan mereka. Tangisan mereka menanamkan cita dalam jiwa saya untuk datang lagi ke kampung tersebut. Perjalanan ke Keningau penuh kehibaan.

Selamat tinggal Pak Cik Awiss.